Isnin, 4 Julai 2016

Makanan laut Kuala Perlis

7 Febuari 2016

Post kali ini bertema jalan-jalan cari makan. Malam ini kami sekeluarga ingin memakan makanan laut. Kalau di Perlis ni, tempat makanan laut yang famous tentulah terletak di Kuala Perlis.

Restoran yang kami pergi pada kali ini ialah Liza Mat Kuala Perlis. Ia terletak berhampiran plaza kuala. Kalau nak kenal restoran ini, di luarnya terdapat replika sampan yang diletakkan makanan laut.

Restoran Liza Mat


Replika sampan
Selalunya kami akan order ikan siakap bakar atau tiga rasa. Bagi kami masak bakar lagi sedap dan lemak. Memang sedap dan menyelerakan.

Sotong tepung di sini pun amat sedap dan rangup. Disertakan pula dengan cili sos yang manis dan cukup rasa. Memang sedaplah dengan citarasa kami.

Ini menu kami yang tak seberapa. Kami tak ramai, cuma 3 sekeluarga. Sorang anak 7 tahun. Harga pun murah. Memang berbaloi

Siakap bakar
Sotong goreng tepung dan siakap bakar
Pencicah, kari dan ulam disediakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan