Isnin, 4 Julai 2016

Makanan laut Kuala Perlis

7 Febuari 2016

Post kali ini bertema jalan-jalan cari makan. Malam ini kami sekeluarga ingin memakan makanan laut. Kalau di Perlis ni, tempat makanan laut yang famous tentulah terletak di Kuala Perlis.

Restoran yang kami pergi pada kali ini ialah Liza Mat Kuala Perlis. Ia terletak berhampiran plaza kuala. Kalau nak kenal restoran ini, di luarnya terdapat replika sampan yang diletakkan makanan laut.

Restoran Liza Mat


Replika sampan
Selalunya kami akan order ikan siakap bakar atau tiga rasa. Bagi kami masak bakar lagi sedap dan lemak. Memang sedap dan menyelerakan.

Sotong tepung di sini pun amat sedap dan rangup. Disertakan pula dengan cili sos yang manis dan cukup rasa. Memang sedaplah dengan citarasa kami.

Ini menu kami yang tak seberapa. Kami tak ramai, cuma 3 sekeluarga. Sorang anak 7 tahun. Harga pun murah. Memang berbaloi

Siakap bakar
Sotong goreng tepung dan siakap bakar
Pencicah, kari dan ulam disediakan

Denai Larian Pengkalan Asam

7 Febuari 2016

Aku selalu pergi beriadah di Denai Larian Pengkalan Asam ni. Di sini terdapat trek joging yang susuai dan satu pusingan lebih kurang 2.4 - 2.8 kilometer. Terdapat juga fasiliti untuk senaman menggunakan berat badan (body weight exercises)

Selain itu terdapat taman permainan kanak-kanak kalau nak bawa anak bermain. Di sini juga boleh lihat pemandangan sungai yang amat menyegarkan untuk aktiviti riadah.

Selain itu terdapat jambatan gantung di sini. Pengunjung boleh menyeberangi Sungai Perlis dengan menaiki jabatan ini.

Trek joging yang menyusuri sungai


Monyet pun ada


Sungai Perlis


Burung di atas kayu

Barbeque di kampung

6 Febuari 2016

Pada malam ni saya dan keluarga isteri buat bakar-bakar atau barbeque. Bila masak sendiri dan makan ramai-ramai ni memang berselera.

Menu adalah ikan bakar, sup mentarang, tom yam ayam, telur dadar, sayur bayam, bendi, dan buah tembikai. Meriah sungguh makanan yang ada. Memang berselera makan ramai-ramai.

Menyalakan bara api
Ikan siakap sedang dibakar
Menu makan malam kami
Siakap bakar yang sedap
Sup mentarang
bayam dan bendi
Nasi seperiuk

Nasi bamboo Sungai Klah

4 febuari 2016

Lepas habis kerja di Teluk Intan, kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Restoran nasi bamboo Sungai Klah.

Keunikan di sini ialah nasi dimasak di dalam buluh (bamboo). terdapat pelbagai lauk untuk dipilih. Cuma bagi saya, pilihan masakan sayuran tidak begitu banyak. Keseluruhannya, makanannya sedap dan tempat duduk pun luas.

Restoran nasi bamboo Sungai Klah
Ruang makan yang luas
Nasi yang dimasak di dalam buluh
Nasi dimasak dengan cara stim
Pilihan lauk. Lauk diletakkan dalam periuk dan agak sukar untuk melihat kandungan di dalamnya
Nasi bamboo, ayam percik dan sayur

Ahad, 3 Julai 2016

Pembalut mangga yang menarik

Aku ternampak satu rumah ni balut pelam atau mangga dia dengan plastik / kertas yang cantik. Tak pernah lagi tengok macam ni

Balutan mangga yang warna-warni

Kerja dan jalan-jalan di Teluk Intan

3 Febuari 2016

Aku ada urusan kerja di Teluk Intan. Di sini aku menginap di Hotel Grand Court.

Mungkin hotel ini yang tercantik di sini. Aku mengambil bilik dua katil single / twin bed

Lobi Hotel Grand Court


Ruang bilik
Ruang bilik air
























Tengah hari aku makan di medan selera berdekatan dengan hotel ja. Seberang Jalan Padang Tembak.

Nasi berlauk yang banyak pilihan


Setelah habis kerja, aku mencari tempat untuk  beriadah. Search internet ada yang menyebut tentang taman river front. Aku pun bercadang pergi ke situ.

Sampai aja di sini aku sedikit hampa. Taman rekreasi ini amat tidak menarik. Anjing liar pun berkeliaran di sini. Kesimpulannya memang tidak sesuai untuk jogging atau dijadikan tempat beriadah.

Lain kali kalau datang aku akan cari tempat lain. Orang Teluk Intan joging dan beriadah di mana la agaknya?

Laluan ke Taman Rekreasi River View


Keadaan taman rekreasi River Front yang tidak menarik
Padangan sungai
Pokok mati di tebing sungai
River front ini berdekatan gerai-gerai mak
an. Ada mee kicap. di sini. Landmark dia ada udang galah batu besar kat jalan masuk

Udang galah batu


Pada waktu malam, aktiviti kami cumalah mencari makanan goreng atau tomyam. Tempat yang dipilih juga berdekatan aja dengan hotel. Seberang Jalan aja.

Memang senang kalau bab makanan jika menginap di hotel ini. Jalan kaki pun boleh nak pergi ke medan selera ini

Aku order nasi, paprit ayam dan sup ayam. Telur dadar kawan yang order


Esoknya kami pun balik. Sebelum balik sudah tentu singgah makan di tempat yang unik. Itu saya akan tulis pada masa lin. Sampai sini sajalah buat masa sekarang.